Make your own free website on Tripod.com

SURAT

MOHD ISNIN BIN BASAR  /  RABIAH BINTI HAMAN

No. 10, Lorong Intan 4, Bandar Mas, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Tel: 013 - 726 5890

________________________________________________________________________________________________________________________________________

                                                                                                                            Tarikh: 25 Februari 2003

                                                                                                                                        23 Zulhijjah 1423

Kepada,

Anda Yang Prihatin

Tuan/Puan,

MOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK TABUNG PEMBEDAHAN NOOR HAKIM

Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Isnin Bin Basar bapa kepada Noor Hakim yang mengalami kecacatan pada mulut sejak dilahirkan pada 29 Ogos 2002 dan akan menjalani pembedahan 'plastic surgery' di sebuah hospital pakar di Johor Bahru merayu kepada tuan/puan para pengunjung laman web ini yang prihatin dapat menghulurkan sumbangan ikhlas berupa wang ringgit bagi menampung kos pembedahan tersebut.

2.      Untuk makluman tuan/puan yang budiman, kos pembedahan tersebut dianggarkan sebanyak RM5,000-00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan dengan kos yang tinggi ini kami kurang mampu untuk membiayainya dan dengan rasa rendah diri, kami memohon simpati tuan/puan agar dapat membantu anak kami menjalani pembedahan tersebut.

3.       Sehubungan dengan itu, segala sumbangan tuan/puan boleh dihulurkan terus kepada saya melalui alamat di atas atau masukkan ke dalam akaun BANK SIMPANAN NASIONAL No: 04125-29-88832963-9 atas nama 'BASAR BIN HJ RAHIM' atau melalui Maybank2U (htp://www.maybank2U.com) 'Transfer Fund' ke akaun No: 101048566389 atas nama 'AHAD BIN BASAR'.

4.        Segala sumbangan ikhlas tuan/puan terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih dan saya serahkan kepada ALLAH SWT untuk membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran, insya'Allah.

Sekian terima kasih.

 

Saya yang benar,

                t.t

[MOHD ISNIN BIN BASAR]

 

[DEPAN] [SURAT] [SIJIL KELAHIRAN] [MAKLUMAT IBU & BAPA] [AKAUN] [SENARAI]


[Lihat Buku Tamu]  [Tulis Buku Tamu]