ÁηBYiÌà ÅÇfJÀ¯ ˜ÌIBM

TABUNG PEMBEDAHAN NOOR HAKIM

 

ANDA bersimpati dengan kanak-kanak ini? Kanak-kanak ini mengalami kecacatan sejak dilahirkan pada 29 Ogos 2002 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kanak-kanak ini, Noor Hakim merupakan pasangan kembar kepada Noor Hakimi, cahaya mata kepada pasangan Encik Mohd Isnin Bin Haji Basar dan Puan Rabiah Binti Haman.

TABAH

Ibu bapanya menerima ketentuan Ilahi ini dengan hati yang tabah. Tetapi dengan teknik perubatan moden, kecacatan ini boleh dirapikan dengan menjalani 'plastic surgery'. Pembedahan ini bukan untuk menidakkan takdir Ilahi tetapi kita berikhtiar dan berusaha untuk memperbaiki kecacatan ini demi untuk masa depan kanak-kanak ini agar dia tidak merasa malu atau terpinggir rasa hatinya bila melihat saudara kembarnya atau tiga orang saudara kandungnya malah rakan-rakan sebaya bersifat sempurna.

KOS

Untuk melakukan pembedahan ini, kos yang diperlukan agak tinggi iaitu kira-kira RM5,000-00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan bagi bapa kanak-kanak ini yang bekerja sebagai mekanik sudah tentu tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pembedahan yang dijangkakan akan dilakukan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

SUMBANGAN

Untuk tujuan tersebut, keluarga kanak-kanak ini dengan rasa rendah diri memohon simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan ikhlas berupa wang ringgit bagi menampung kos pembedahan kanak-kanak ini.

Sumbangan anda boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) No: 04125-29-88832963-9 atas nama 'BASAR BIN HJ RAHIM' selaku Pemegang Amanah atau melalui akaun Maybank2U No: 101048566389 atas nama 'AHAD BIN BASAR' atau terus kepada Encik Mohd Isnin Bin Basar di alamat No. 10, Lorong Intan 4, Bandar Mas, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

PERHUBUNGAN

MOHD ISNIN BIN BASAR  / RABIAH BINTI HAMAN

No. 10, Lorong Intan 4, Bandar Mas, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Telefon: 013 - 726 5890

HAJI BASAR BIN HJ RAHIM (Datuk selaku Pemegang Amanah)

Kampung Parit Kassan, 84800 Bukit Gambir, Muar, Johor Darul Takzim.

Tel: 06 - 976 2042 (Mohd Hamzah)

AHAD BIN BASAR

Hadzai Computer Centre, Kedai No. 2, Lot 6785, Kampung Parit Kassan,

84800 Bukit Gambir, Muar, Johor Darul Takzim.

Tel: 06 - 9766484 / 013 - 6252098

E-mel: noorhakim@cyberjawa.com / Z_HAD@hotmail.com

[SURAT] [SIJIL KELAHIRAN] [MAKLUMAT IBU & BAPA] [AKAUN][SENARAI]

[Lihat Buku Tamu]  [Tulis Buku Tamu]

Anda Pengunjung Ikhlas Laman Ini Yang Ke: sejak 25 Februari 2003
FastCounter by bCentral

adisabarimankreatif2003©